• TAUSYIAH AL-HABIB UMAR AL-HAFIDZ

    PETIKAN TAUSYIAH AL-HABIB UMAR AL-HAFIDZ DI DALAM MAJLIS MAULID DI DAR AL MUSTOFA, TARIM, HADRAMAWT (21 FEBRUARI 2013, 10 RABIULAKHIR 1434)
    Sumber: Persatuan Ittihad AN-NUR Malaysia

    Jagalah mata kalian dari maksiat untuk melihat Allah Azzawajalla kelak. Jikalau tidak, muka kita ini tidak berhak untuk menatap Allah Azzawajalla. Ikatkan hati, badan, dan roh kita kepada Nabi Muhammad S.A.W.. Sesungguhnya Kita tidak jauh dari Baginda SAW bahkan dekat dengannya kerana didalam solat , kita berselawat kepada Nabi Al-Mustofa yang mulia.

    Bahkan Rasulullah S.A.W. akan dikembalikan rohnya untuk menjawab salam kita padanya. Salam dari Rasulullah itu lebih mulia.

    Ada suatu ketika seorang jariyah (hamba sahaya) milik seorang wanita Ansar yang duduk dipinggir kota Madinah, telah diutuskan oleh tuannya dengan 4 dirham untuk membeli kain bagi keperluan hariannya. Tiba-tiba wang itu hilang lalu dia duduk di tepi pasar dan menangis. Ketika itu datang Rasulullah lalu berhampiran kawasan itu, Baginda ternampak si jariyah lantas bertanya kenapa menangis di sini?

    Jariyah itu pun menceritakan akan hanya, lantas Baginda S.A.W. menghulurkan 4 dirham dan bersabda; Pergilah kamu dengan wang ini dan penuhilah permintaan tuan kamu itu.

    Kemudian jariyah itu membeli keperluan tuannya namum ia merasa risau dan bimbang kerana sudah terlambat, takut nanti dimarahi oleh tuannya. Dia duduk dan menangis lagi.

    Melintas Rasulullah S.A.W. sekali lagi di tempat itu, lalu bertanya; Tidakkah aku telah memberi kepada mu wang dirham tadi, maka apa yang telah terjadi?

    Jariyah menceritakan segala-galanya. Rasulullah S.A.W. pun bersabda; Bawalah aku bersamamu ke rumah tuan mu, akan aku ceritakan dan meminta ampun bagimu.

    Tatkala mereka hampir sampai ke rumah tuan jariyah itu, namun ahli rumah itu sudah mengetahui akan ketibaan Baginda kerana mereka ternampak akan cahaya Nabi Al-Mustofa datang menghampiri dan memancar kepada rumah mereka. Lalu mereka kehairanan, apakah tujuan Baginda datang pada waktu sebegini.

    Mereka masuk ke dalam rumah dan duduk diam. Setibanya Rasulullah di hadapan muka pintu rumah tuan si jariyah, Baginda terus memberi salam akan tetapi tiada jawapan yang kedengaran. ini kerana ahli rumah tersebut menjawabnya secara perlahan. Diberinya lagi salam kali kedua, namun masih begitu.

    Sunnah Baginda memberi salam adalah 3 kali selagi tiada jawapan dan kemudian hendaklah beredar. Lalu Baginda memberi salam buat kali ketiga dan terakhir. Serta merta semua ahli rumah menjawab serentak akan salam dari Rasulullah S.A.W.

    Baginda bertanya, kenapa tadi tidak dijawab salam dari pertama dan kedua? Mereka menjawab; Kami sudah menjawabnya. Tetapi kami menjawab secara, wahai Rasulullah. Kerana tatkala Baginda memberi salam pertama kali, akan turun berkat ke rumah kami. Kali kedua dan ketiga, maka akan lebih penuh berkat akan kami perolehi dalam rumah kami. Maka kami amat tamak untuk memperolehinya itu.

    Lalu ditanya kembali oleh mereka, apakah gerangan Baginda bertandang ke rumah mereka. Apakah tujuan Baginda?

    Lalu Baginda pun menceritakan segala-galanya, daripada permulaan pertemuan dengan si jariyah hinggalah sampai di hadapan rumah mereka itu.

    Lalu mereka berkata; Wahai Rasulullah, Tuan telah susah payah kerana datang hanya untuk memohon ampun bagi jariyah itu, maka kami merdekakan jariyah itu.

    Begitulah sekian hal ceritanya. Betapa berkatnya salam Baginda kepada kita.

    Berkata lagi Habib Umar:

    Di dunia kami telah hamparkan kepada kamu majlis-majlis dari telaga Kausar, maka jikalau kamu memaling dari telaga ini maka di akhirat kelak kami akan melarang kamu dari mendekati telaga Kausar. Kamu pasti merayu; Ya Allah, kami amat dahaga sekali maka berikanlah kami minum daripadanya. Kami akan menjawab bahawa kamu di dunia telah memaling dari telaga yang kami telah hamparkan kepada kamu dab begitulah kami akan berbuat kepada kamu. Tiada bahagian pada kamu hari ini.

    Allah.. Ya Allah.. Berikanlah kami sebahagian minuman dari telaga-telaga majlis mu di dunia ini supaya jangan kamu memalingkan kami untuk minum di telaga Nabi Mu.

    Amiiinn Ya Robbal 'Alaminnn..

    (Al-Habib Umar Al-Hafidz)

    Diterjemah dan diceritakan oleh Muhajir Al-Hadramiy

    diedit oleh ukhuwah Dar Al Mustofa

    Dan beringatlah kita bahawa bilamana kita berselawat dan memberi salam kepada Nabi Al-Mustofa, roh Baginda akan dikembalikan untuk menjawab salam tersebut. Istiqomahlah kalian.

    SELAWAT DAN SALAM DARI KAMI BUAT KEKASIH ALLAH MUHAMMAD S.A.W. NABI SEKALIAN ALAM!

    Sollu 'alan nabiyy!

    اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ
  • 0 komentar:

    Posting Komentar

    Silahkan tinggalkan pesan disini

    DAFTAR SEKARANG

    Pendaftaran Madrasah Aliyah Keagamaan Al-Itqon Patebon, Kendal Tahun Pelajaran 2023/2024 Daftar Sekarang, Kuota Terbatas.

    ALAMAT

    Kebonharjo RT 3 RW 2 Patebon Kendal Jawa Tengah

    EMAIL

    spmalitqon@gmail.com
    mak.alitqon@gmail.com

    TELEPON

    0813-1111-9337

    WHATSAPP

    0813-1111-9337